Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 9 October 2011

KPLI vs Perguruan Tulen

Assalamualaikum...

    Hari ini terbaca di sebuah blog yang aku ikuti mengenai KPLI vs Perguruan Tulen. Sebagai salah seorang guru lepasan KPLI, aku akui mmg terasa benar kehadiran kami tak digemari oleh lepasan perguruan tulen. kdg2 mmg diorang tunjuk secara jelas kehadiran kami tak disenangi. depan baik belakang badmouthing. mcm2 gelaran yang diberi contohnya CIKGU CELUP...CIKGU TAK CUKUP MASAK...
    tapi kalau cikgu tak celup dan cikgu cukup masak buat hal...tak pula di war2 kan...sebagai golongan yang dilabel intelektual...aku rasa kehadiran golongan KPLI ini patut dianggap satu persaingan yang sihat untuk golongan perguruan tulen memajukan diri...bukannya menjatuhkan atau memburukkan orang lain utk kemajuan diri sendiri...
    ada sesetengah golongan perguruan tulen yang mengambil positif kehadiran kami dengan menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda..aku pasti golongan ini dahagakan ilmu dan bukan menyambung pelajaran untuk menambah gaji..pasti bukankan...tapi kalau ya..tepuk dada tanyalah minda...
    benar kata penulis blog tersebut..daripada perah otak untuk mencari keburukan KPLI...lebih baik kita refleksi diri sendiri...refleksi P&P...apa penambahbaikan yang patut dilakukan supaya anak murid lebih cemerlang...sudah jenuh juga telinga ini mendengar pelbagai cacian dan umpatan...lebih baik diam saja daripada berlawan cakap...ok..papai...
    

No comments: