Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 22 April 2012

Ammar bin Yasir

Assalamualaikum...

      Bila menyebut nama Ammar...aku membayangkan seorang yang lemah lembut dan beriman.  Ammar merupakan salah seorang shabat nabi yang dijanjikan syurga sebab keteguhan imannya. Dia juga antara golongan terawal memeluk Islam. Pernah diseksa oleh Abu Jahal dengan dahsyat.
      Rasulullah bersabda..."Diri Ammar dipenuhi keimanan hingga ke tulang punggungnya."...."Siapa yang memusuhi Ammar, maka dia dimusuhi Allah, siapa yang membenci Ammar, maka dia dibenci Allah"..."Contoh dan ikutilah kematianku nanti Abu Bakar dan Umar dan ambillah hidayah yang dipakai oleh Ammar untuk dijadikan bimbingan"...Rasulullah juga pernah berkata terus kepada Ammar yang di akan dibunuh oleh golongan penderhaka. Tau tak siapa golongan penderhaka ini? Puak Muawiyah yang menentang Saidina Ali menjadi khalifah keempat. Ammar meninggal dunia alam perang Siffin.
     Kerana kecintaan dan kesayangan Rasullullah terhadap Ammar...saya dan suami bersepakat untuk member nama anak kedua kami " Muhammad Ammar" sempena nama Ammar bin Yasir. Semoga Ammar membesar jadi anak yg soleh, beriman dan cerdik.