Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 July 2011

I'm Not Single

Assalamualaikum....
    
     Hai....entry kali ni tajuk mcm filem lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil (aku pun tgk filem cinta tau). Aku berblogging ada tujuan tersendiri...bukan sesaja je nak buat benda ni...walaupun buruk blog aku ni tapi this blog especially dedicated to my husband and baby (sebenarnya yg paling utama untuk anak aku..ehehehe..marah encik suami). Macam tajuk lagu Hujan- Bila Aku Sudah Tiada..hope bila anak aku terbaca boleh buat dia tersenyum menceriakan hari2 dia. Semoga dia tahu betapa kasihnya ibu dan ayahnya pada dia...dan semoga dia tahu kisah kami sehingga lahirlah dia yg kami cintai.
     Masa mula2 mami jumpa ayah----i'm not single....yes....i'm not single. Tapi walaupun not single rasa mcm takde pakwe pun.....relationship ape tak bercakap dkat sebulan...pakwe pulak sibuk dok kejar betina sana sini....daripada sakit hati...let me dump him first...puas hati....but before i dump him....i befriend with a cute looking guy. yes your father is a heart throb but he never knew. but he doesn't like me. he likes my friend. me....is just invincible to him....everyday i just watched him trying to befriend with my friend. we are in the same class at matriculation. i dont know why but at the end he gave up with my friend. my friend is an uptown girl, rich and sophisticated. but he comes with a well-to-do background family. may be the background matters too much for the girl. yes, it matters...she told me. but still, after he gave up....we are just friend. we just say hi when we met. sometimes we pretend like we doesn't exist in the class..(pura2 la aku tak nampak kau, kau tak nampak aku...siap dia tolong ngoratkan aku untuk member dia).
     Kami mula rapat masa hujung sem 1. tu pun just say good luck 4 the exam. Tapi itulah permulaannya.....daripada say good luck terus melarat bersembang segala bagai tiap2 hari....bila dah angau sembang apa pun jadi...cthnya...bapak awak bela lembu berapa ekor pun leh jadi topik berbual. Rasanya masa dok ekjas aku pun...ada girl yg dok syiok kat dia bagi kad dan mesej. Tapi mungkin kitorang sekelas, slalu jumpa.....so aku ada kelebihan kot kat situ. Masa awal sem 2 baru dia luahkan perasaan dia kat aku....owhhhh...berbunga2 cinta mcm lagu Misha Omar dalam hati aku masa tu...tapi control dulu...x leh la tunjuk yg kiter excited. lagipun kalau aku nak luahkan dulu kat dia...sorry naik lori lah....sb aku mmg sombong (dia kata aku budak sombong). padahal dalam hati....terlompat2 nak kata i love you too....hehehehehehe....sebelum aku menerima cintanya..i have to break with a stupid guy who dont know how to appreciate women...so...bye2...jgn ingat perempuan ini lemah..fizikal mmg lemah dari lelaki...tapi...sekecil2 hati perempuan pun...sangat waja berbanding lelaki. jgn ingat mudah sangat nak permainkan perempuan sebab bila perempuan angkat kaki tinggalkan seorang lelaki...dia takkan menoleh ke belakang lagi dah....kesabaran perempuan pun ada limit gak...
     Dan aku menerima lamaran cintanya pada aku (kecik2 dah nak bercinta..anak2 jgn ikut ye). Still i'm not single again. hahahahaha. What a wonderful world. mmg satu keputusan yg berani mati punya....aku hanya bertawakal kepada Allah saja masa tu...Masa mula couple 2, tak de sape yg tau...member pun x tau..kitorang dating pas kuliah...kwn2 aku dan kwn2 dia pun wonder knpa kitorang ilang pas kuliah...Orang tau pun masa kitorang jalan sama2 gi bli roti kat kedai resort...he...kecoh gak la sebab budak2 girl kelantan tak suke aku couple dgn dia sebab girl yg selalu bagi mesej dan kad kat dia tu dalam geng yg sma so dia rasa mcm dipermainkan. Jadi masa tu dia kena explain to that girl yg dia sebenarnya takde perasaan dan anggap sebagai kwn sahaja.
    Dekat 9 tahun  semua tu berlalu..it still fresh in my mind..rasa mcm baru semalam kami cinta monyet..Dalam tempoh 9 tahun ni segala badak dan badai dah melanda. alhamdulillah setakat ni kami dapat handle dan hadapi. penah gak hadapi situasi yg sgt konflik yg mmg wat hubungan jadi goyah tapi jodoh kami kuat. pengalaman bertemu, bercinta, bertunang dan berkahwin dengan suami aku mmg sangat indah.. dia juga penyokong aku dalam ape jua yg aku lakukan....kalau nak cerita secara detail may be anak aku tak habis baca...cukuplah sekadar dapat wat dia tersenyum...ok....bye...

Friday, 22 July 2011

Lunatots Cloth Diaper

Assalamualaikum wbt...
Hai semua....he...semua tu mcm la ada org baca blog saya...hehehe..lamanya tak nulih bende dlm blog ni...hari ni nak citer pasal Lunatots Cloth Diaper a.k.a CD. Saya ni nak kata cepat terpengaruh tu...tak le juger...tapi bile niat hati tu nak bagi yg terbaik pada my son...sanggup perabis apa saje..Saya tergerak hati nak try CD ni melalui pengalaman saya sendiri memakai pads bila datang bulan. sangatlah tak selesa. panas...gatal...kiter ni leh lah lagi mencari cara untuk atasi rasa gatal...tapi oleh sebab saya ada perasaan terlebih empati pada anak saya..saya cube selami jiwa anak saya yg leh kata sejak lahir asyik pakai disposable diaper (DD) yg materialnya sama je dengan pads yg kite gune utk datang bulan tu...saya rasa mesti panas dan gatal bontot n tote dia, cume tak reti nak kata jer. Baru2 ni adik saya yg darjah 1 tu, cirit birit. so my mom bagi dia pakai DD. saya tanya dia..."adik apa rasa pakai DD"..dia kata "panas pastu gatal jugak"....mmg penggunaan DD ni senang sgt tapi cubelah fikir betapa azabnya baby kiter pakai benda tu bertahun2 sampailah dia leh poo poo dalam bilik air sendiri. kesian dia. sedangkan kiter yg pakai pads dalam seminggu hanya alas kat bahagian ehemmmm tu pun, rasa azab. kan!!!!!
Atas sebab tu jugaklah, saya dan husband nak try berCD. Kami mula dengan 2 keping jenama X. So far, ok tapi velcro dia X bagus cepat tanggal. Then, kami bli Lunatots Velcro pakej 5 keping trus. harga sekeping around RM 50. jadi, 5 keping CD velcro Lunatots around RM250 and above. Hasilnya memang superb......sungguh...x de ruam lampin dh...and baby pun npk happy...tak meragam time panas..bontot dia pun x la berpeluh2 pakai disposable diaper. skang kami dah ada 20 keping Lunatots CD Velcro.



 Nak bli sekaligus mmg tak mampu tapi kami bli by month. skang tak pakai dah DD. pakai CD Lunatots je. Ada je yg button tapi velcro lagi cepat  aplikasinya bagi ibu yg sibuk bekerja and baby yg semua benda nak cepat je. Material Lunatots pun bagus. kain nya lembut...and breathable for baby skin. aku bukan spokeperson for Lunatots company tapi aku bercakap untuk share dgn ibu2 semua yg mungkin ter'hop' in blog bahawa lampin Lunatots sangat bagus. lagipun untuk jangkamasa panjang memang jimat....So,ibu2 semua, kalau rasa sayang baby dan kesian kat baby...tryla CD ni ek....till then.....tata....


 

Thursday, 7 July 2011

Bersalin Secara Normal (Peraduan Dunia Susu Ibu 2011)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum...


Kategori                      :  1. Bersalin Secara Normal
Tarikh Lahir Anak     : 29.12.2010


     Saya bukanlah seorang yang pakar mengenai komputer. Anda boleh lihat sendiri rupa blog saya. Tidak secantik dan seindah orang lain. Baru tahun ini saya belajar sendiri membina blog melalui penerokaan sendiri. Namun, sudilah membaca sedikit coretan mengenai pengalaman saya melahirkan seorang putera di blog yang tidak seindah mana ini. Bukan ganjaran yang utama. Sekadar ingin berkongsi cerita. Mungkin ilmu saya mengenai keibubapaan hanyalah sebesar kuman jika nak dibandingkan dengan ibu-ibu hebat di luar sana. Namun, pengalaman setiap manusia tidak sama. Maka, Allah kurniakan saya dugaan yang berbeza sebagai ujian menjadi seorang ibu.


Seminggu Sebelum Bersalin
     Ketika ini saya berada di Kuantan untuk menghabiskan cuti semester terakhir persekolahan bersama suami. Kami hidup berasingan. Saya bekerja di Ipoh, suami bekerja di Kuantan. Sepanjang saya mengandung, suami tiada di sisi. Hanya ibu bapa yang menemani. Pada awal trimester kehamilan, saya diuji dengan pendarahan kerana selalu menaiki bas ke Kuantan untuk berjumpa dengan suami. Doktor mengatakan saya mengalami masalah rahim lemah dan tidak menggalakkan perjalanan jauh. Jadi cuti sekolah yang ada, kami manfaatkan sebaik-baiknya. Pada waktu itu, kandungan saya sudah mencecah 35 minggu. Namun, apa yang merisaukan saya ialah, perut saya di bahagian bawah sudah terasa berat sangat. Saya sudah tidak mampu berjalan jika tidak dipapah. Kadang-kadang saya tidak sedar saya sudah membuang air kecil atau besar. Kaki juga sudah bengkak air. Muka juga sudah kelihatan sembab. Ibu bapa saya datang ke Kuantan sementelah tiada siapa menguruskan saya jika suami bekerja. Pada pandangan ibu, saya boleh melahirkan pada bila-bila masa. Pada hari Ahad, 26 Disember 2010, tibalah masa untuk suami menghantar semula saya ke Ipoh kerana saya harus menghadiri mesyuarat guru pada hari Selasa berikutnya. Sedihnya hati bukan kepalang terpaksa berjauhan dengan suami di saat diri tengah sarat mengandung.


Sehari sebelum bersalin (28.12.2010)
     Saya bangun awal pagi untuk menghadiri mesyuarat guru pada hari itu. Kaki terasa sangat sakit untuk memandu. Saya gagahkan diri membawa kereta walaupun pada masa itu, cara pemanduan memang sangat bahaya. Tetapi siapa lagi yang harus saya harapkan......?? Tibalah di sekolah saya berjalan dengan bantuan tongkat untuk menaiki tangga ke bilik mesyuarat. Hanya empat anak tangga sahaja saya bertapak kemudian saya sudah tidak mampu berjalan. Saya berhenti buat seketika. Ada seorang rakan guru yang ternampak keadaan saya semasa itu, segera mendapatkan saya dan menyuruh saya pulang sahaja ke rumah untuk berehat dan akan mengkhabarkan keadaan saya kepada guru besar. Saya pulang ke rumah dan hanya terbaring sahaja pada hari itu. Selain itu, saya juga asyik membuang air besar, tidak selera makan dan tidak boleh tidur. Pada waktu malam, saya berbalas khidmat pesanan ringkas dengan suami. Hanya itu sahaja medium penghubung antara kami. Saya meminta suami membelikan kasut baharu kerana kasut yang sedia ada sudah haus tapaknya. Bimbang terjatuh kala berjalan. Lebih kurang hampir pukul 12.00 malam suami meminta izin untuk tidur kerana keesokan hari dia akan bekerja.


Saat yang di tunggu (29.12.2010)
     Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi tetapi mata ini tidak mahu lelap. Badan rasa tidak selesa dan lemah kerana dari petang tidak selera menjamah makanan. Saya beralih mencari posisi yang selesa di atas katil..tiba-tiba...saya terasa ada bunyi "tufff" dari dalam perut. Saya ke tandas untuk memeriksa keadaan dan melihat ada tompokan darah. Ibu menyuruh saya untuk bersiap kerana tanda untuk bersalin telah ada. Sungguh saya tidak tahu langsung tanda-tanda bersalin kerana ini merupakan kandungan pertama. Tiba di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, doktor yang memeriksa mengatakan bukaan sudah mencapai 4 cm. Saya memilih Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan kerana doktor dan jururawat yang mengendalikan saya, semuanya perempuan. Pada waktu itu, suami masih tidak mengetahui saya sedang menanti saat untuk bersalin kerana saya tahu dia tidak mampu untuk memandu dari Kuantan ke Ipoh memandangkan dia baru saja tidur disamping memikirkan keselamatannya. Pukul 5 pagi, baru ibu saya menghubungi suami memberitahu saya sudah berada di hospital. Pukul 7 pagi saya dimasukkan ke bilik bersalin. Saya rasa tiada daya untuk meneran anak kerana tidak makan sebelumnya namun saya gagahkan juga. Waktu antara kontraksi juga saya rasakan sakit yang amat sangat. Cuma apa yang ingin saya katakan, walaupun sakit tapi sakitnya saya masih mampu hadapi. Berkat doa ibu dan suami, saya berjaya melahirkan seorang putera dengan berat 2.5kg yang saya namakan Muhammad Ali sempena nama Saidina Ali Karamallahuwajhah. Saya tidak memerlukan jahitan dan tiada luka perineum. Alhamdulillah.


Menyusukan anak dan masalah yang timbul
     Bahagia sungguh rasa hati apabila melihat wajah bayi sendiri. Saya dakap dan cuba susukan bayi. Terasa amat kekok.  Tiada siapa yang membantu ketika itu kerana hanya saya dan bayi sahaja berada di dalam bilik. Hanya naluri sahaja yang menguatkan azam untuk menyusukan bayi sendiri. Setelah mencuba pelbagai posisi, barulah bayi berjaya melekapkan bibir pada puting dengan betul. Saya rasa momen penyusuan kolostrum itu, amat berharga buat bayi dan cukup untuk mengenyangkan perutnya yang hanya sebesar guli pada ketika itu. Memang saya berazam untuk, memberikan hanya susu ibu kepada bayi. Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan penyusuan eksklusif selama 6 bulan. Namun, tidaklah manis hidup sebagai ibu andai tidak dilanda dugaan. Bayi saya mengalami sakit kuning yang berpanjangan. Lebih kurang dua minggu sakit kuningnya berlarutan. Setelah didiagnosis, bayi saya mengalami "breastmilk jaundice". Dua kali anak saya dimasukkan ke hospital kerana masalah sakit kuning yang dihadapi.
         Saya mendapat tentangan daripada keluarga mentua apabila hendak menyusukan bayi secara eksklusif. Ada yang mengatakan susah jika saya berkursus. Di awal kelahiran lagi saya di suruh mengajar bayi meminum susu formula dengan menggunakan botol.
           Saya juga menghadapi masalah hendak menyusukan bayi di khalayak ramai. Ada sahaja mata-mata nakal yang mencuri pandang. Kadang-kadang mencari tempat menyorok untuk menyusukan bayi saya rasa sangat tidak praktikal dan tidak munasabah langsung kerana kemahuan susu bayi sangatlah fitrah dari lahir lagi. Saya tidak mahu merosakkan perasaan bayi saya hanya dengan mencari tempat tersembunyi untuk menyusukan bayi.

Sokongan yang diperoleh
     Ada pendapat mengatakan, jika bayi mengalami "breasmilk jaundice", hentikan seketika penyusuan susu ibu sehingga bayi dapat melawan penyakit kuning yang dihadapi dan gantikan dengan susu formula. Selagi saya masih bernyawa, jangan harap saya akan berikan susu formula kepada bayi saya. Hati saya masih cekal untuk menghadapi dugaan ini. Mujurlah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh merupakan Hospital Rakan Bayi dan menggalak saya supaya memberi lebih banyak susu ibu kepada bayi. Suami, ibu bapa dan adik-beradik tidak putus-putus mendoakan supaya bayi saya cepat sembuh. Malah, suami juga sanggup tidur di dalam kereta di tempat meletak kenderaan untuk menunggu saya dan bayi kami. Alhamdulillah, setelah kali kedua dimasukkan ke hospital akhirnya bayi kami sembuh. Masih terdapat kesan sakit kuningnya tetapi beransur pulih.
         Masalah yang dihadapi dengan ibu mentua yang mahukan saya memberi susu formula kepada bayi dapat diatasi dengan sokongan daripada suami. Dengan sopan suami menolak kehendak ibunya. Walaupun pada mulanya timbul konflik dan bermacam-macam perkara susah yang cuba diimaginasikan kepada kami namun setelah melihat kejayaan saya menyusukan bayi tanpa susu formula sehingga sekarang menutup semua kata-kata itu kembali. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah jua. Jika tiada izin Allah semua ini takkan berjaya juga.
      Bagi masalah penyusuan bayi di khalayak ramai, suami saya telah membelikan banyak baju menyusu untuk saya. Malah, saya dah rasa biasa menyusukan bayi di mana-mana sahaja. Momen seperti ini sangat indah sebenarnya dan saya rasa bertuah kerana membuat keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Kami merupakan perintis pertama dalam keluarga yang mengambil keputusan ini.

Gambar semasa penyusuan

     Ini gambar bayi saya yang dah nak masuk tujuh bulan. Namanya Muhammad Ali. Sempena nama Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali k.w.j. Ali menyusu di mana-mana sahaja yang dia suka. Di Tesco, Jusco, pejabat pos, kenduri-kendara. Ali tak kisah, Ali nak susu juga. Asal dia lapar sahaja, saya terus direct feed Ali. dialah permata hati saya dan suami......Muhammad Ali bin Muhamad Sukiman.







p/s : Maaf. Saya tidak boleh 'tag' pembaca lain kerana suami tidak mengizinkan saya mempunyai akaun facebook. Namun, saya hebahkan peraduan ini kepada rakan yang menyusukan bayi dan mengikuti blog Dunia Susu Ibu.