Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Friday 20 January 2012

tak leh tido

Assalamualaikum...


     short update...2 hari dah tak leh tido...pedih perut...lapa...nagntuk...tapi mata ni tak mahu lena...

Wednesday 11 January 2012

Empat Perkara Yang Kite Tak Leh Nak Predict...

Assalamualaikum..


     Semalam time rehat, sambil makan, berbual pasal kiamat yang dijangka akan berlaku pada 2012...tapi aku tertarik nak taip perkara yg kami bincangkan...semoga dapat share ilmu...ada empat perkara manusia x leh nak ramalkan....
  • mati - kite x leh ramal bile kite nak mati.
  • hujan - kalau hari gelap mendung tak semestinya nak hujan kat tempat kite. tetibe angin bertiup bawa awan hujan ke tempat lain. (ape maknanya weather forecast selama ni).
  • anak dalam kandungan - ada orang scan, nampak jantina anak lelaki. tapi bila kuar pompuan. byk yang dah terjadi. kesimpulannya kalau anak tu tak keluar lagi dari perut, Allah boleh kurniakan anak lelaki atau anak perempuan kepada mana2 hamba yang Dia kehendaki.
  • jodoh - bercinta bagai nak giler 10 tahun dari zaman sekolah tetibe kawin dgn orang lain. bermusuh menyampah meluat tetibe orang tu yg jadi suami kite. kahkahkahkah..lucu kan...dulu masa kami mula2 kenal, saya dgn husband tak berapa ngam. akhirnya kami bercinta dan berkahwin. saya sangatlah mencintai dia sepenuh hati...semoga jodoh kami berkekalan sehingga henbusan nafas yg terakhir...
k...bye...

Monday 9 January 2012

Mengepam Susu Terus Ke Suri Milk Storage Bag

Assalamualaikum...


     Hai semua...entry ni tak berbayar ye....hmmm...baru je jap tadi baca entry dari owner Lunatots di blognya diyaluna mengenai suri milk storage bag (SMSB). uniknya SMSB ni anda boleh pam terus susu ke dalam storage bag tersebut. wow macam senang je dgr...korang try la singgah blog dia...nampak gambar nya mcm senang dan best je. tak payah susah2 nak basuh botol...hmm...nanti InsyaAllah anak kedua ni nak breastfeed betul2 cuma ada beberapa perkara nak improve. 

  • first nak kumpul duit nak beli medela freestyle.
  • tak nak skip waktu perah.
  • nak ajar anak makan betul2.
  • nak sentiasa bagi susu bila baby bagi cue. dulu masa ali baby dia buat 'o' shape pada mulut tanda nak susu. tapi aku tak tau. aku ingat mmg saje nak wat muke comel. kalau lambat bagi susu, baby akan grow up jadi baby yg tak sabar dan sentiasa nak cepat je semua benda. mcm tulah perangai ali skang. susu nak cepat. pakai diaper nak cepat. kalau lambat dia 'merampuih'...
  • kalau diizinkan Allah nak breastfeed anak sampai 2tahun dan nak bagi Ali susu badan semula. mungkin Ali akan reject nenen aku...so, aku perah bagi dalam botol.skang pun kalau aku bagi nenen aku kat ali dan dan tu jugak dia buat bunyi 'bwekkkkk'...
 inilah azam tahun baru aku...cewah...gedik berazam...ok lah banyak kerja ni. bye...

Friday 6 January 2012

Jalan Jusco

Assalamualaikum...

    hari ni jalan ke jusco dgn Ali dan husband. sebenarnya gi hospital pantai nak scan baby. tapi ramai sgt orang. sudahnya kami ke jusco sebab sebelah je dgn hospital. saje jalan2 frust tak dapat tgk baby.
    pergi popular beli kad suku kata untuk ngajar. 2 set dekat 35 ringgit. husband beli tapi skipping. Ali beli buku gambar2. Ali tak minat nak tgk gambar lagi. dia minat gigit buku untuk musnahkan buku tu. then singgah kedai kunci untuk wat kunci pendua kelas aku. ada satu kunci je. yang sekolah punya dah ilang kerani letak mana ntah. so lebih baik aku wat persediaan sebab aku pun spesies nyanyuk gak. bukan ape banyak sgt benda nak fikir dalam kepala samapi kdg2 handphone pun lupe letak mana. ok lah...bye...

Membesarkan Anak Seorang Diri

Assalamualaikum...

      Membesarkan anak seorang diri dalam keadaan pregnant gini memang tough. Ali pun kalau ada aku mmg tak nak kat orang lain. mmg aku dok dgn mak ayah. tapi mak ayah aku dah tak berapa sihat. lebih kepada aku yg jaga diorang. besar gak tanggungjawab yang aku pikul. aku kena jaga anak, ayah, mak, adik umur 8tahun and sorang ada kat IPT. bila aku balik, Ali berkepit dgn aku, tinggal sekejap bila aku mandi semayang or makan. tu pun mulut bising kena tinggal.
      Bagi aku, Ali hanya ada aku sahaja sb husband aku keje jauh. aku tak nak dia rasa kurang kasih sayang ibu. dahla ayah jumpe sekali sekala, kalau aku wt x reti kat Ali...kesian dia...cuma time mengandung ni mmg tak larat nak dukung Ali. tapi mmg Ali berdukung gak dgn aku sb dia mmg taknak dgn orang lain. mengandung kali ni..bahagian bawah perut rasa sakit. aku risau sebab mengandungkan Ali dulu aku ada sejarah bleeding. Aku nak sangat baby ni. aku harap dia selamat dan kuat sebab aku tak leh nak bergantung pada sesapa untuk tolong aku. aku cuma harap dikurniakan hati yang tabah, badan yang sihat sepanjang mengandung dan untuk selama-lamanya. aku rasa hanya orang yang berjauhan dgn suami je faham betapa susah, hiba dan pilu bila membesarkan anak seorang diri.
      sepanjang aku berblogging..aku rasa aku kurang taip entry yg begini feeling kecuali feeling cintan cintun dgn husband. aku tak nak rasa lemah, nampak lemah pada pandangan aku sendiri atau pada pandangan sesapa pun. nanti aku rasa down. sebab aku kena kuat untuk baby yang bakal lahir dan orang2 yang bergantung hidup secara langsung dengan aku.
     pernah aku rasa kesabaran aku dah tahap maksima dah. tapi walau tahap mana maksima pun yg aku rasa inilah yg aku kena hadapi dan aku tak leh lari. mungkin orang akan rasa aku mengadu domba...tapi setiap rumah ada masalah sendiri yg hanya isi rumah tu je yg tahu sakitnya. pernah Ali kena pukul sebab mengamuk tak brenti padahal aku dh penat giler dah masa tu. tapi bila aku tgk dia tidur...apalah bodohnya aku ni...dia kecik tak tahu apa aku gi babab dia...menitik air mata ku...lagi aku rasa bersalah + menyesal bila esok pagi dia bangun dia tetap cari aku nak bermanja, minum susu...lupa dia kena pukul...rasa nak kerat tgn sdiri sb pukul...aku stress...stress dgn tempat keje, jauh dgn suami, masalah rumah sendiri, masalah family mentua yg tak pernah understanding dgn masalah aku dan suami. kdg2 bila aku stress aku terlupa aku menyakiti permata paling berharga dalam hidup aku...
      kdg2 bila aku tgk kehidupan orang yg mudah segala-galanya, aku rasa pelik knpa hidup aku sgt sukar sejak kecil...ada masanya...kalaulah aku dapat shield diri aku...aku rasa nak shield diri aku dan duduk dalam cocoon aku sendiri supaya aku tak rasa sakit hati...tapi impossible kan...aku kena go through everything...redah masalah mcm berani mati...dan kdg2 aku rasa aku berjuang seorang diri...mmg Allah ada...tapi dalam konteks hubungan manusia dgn manusia...i feel like i'm fighting alone....aku cuma nak pertolongan yg tak pernah tiba dalam menguruskan hal rumah...aku tak mampu upah bibik. kalo mampu dah lama aku upah...aku tak nak mnyusahkan sesapa dan seboleh2nya tak nak menyusahkan sesapa pun...
     kdg2 bila dah selalu memberi aku rasa kekok nak menerima....aku rasa kekok nak menerima kalo husband nak belikan benda kat aku...selalunya aku tolak dgn baik cuma adalah dua tiga kali yg aku tak dapat tolak....
     Aku selalu ingatkan diri aku yg aku seorang yg bersemangat dan akan protect org2 yg penting dalam hidup aku...biar aku sakit, sakit hati or whatever..tapi aku tak nak orang yg aku sayang sakit or sakit hati...semoga aku terus sihat, tabah dan maju utk org2 yg aku sayang...amin...

Wednesday 4 January 2012

Ali Dah Setahun

Assalamualaikum....

      Walaupun entry ni lambat ditulis...tapi tak bermakna mami lupe birthday Ali...29.12.2011 yang lepas genap umur Ali setahun...Happy Birthday anak sayang...i love you so much....Sebenarnya byk lagi entry yang tak ditulis contohnya mengenai Anniversary kedua ayah dan mami 21.11.2011 yang lepas...
       Ali dah ada 4 batang gigi...tapi Ali belum boleh berjalan lagi...Ali tatih 2-3 langkah..pastu Ali jatuh...takpe...nanti Ali pandai lah tu...orang kata...anak lelaki lambat sikit progress berbanding anak perempuan...entah betul entah tidak...
       Ali tak suke makan...makan sikit je pastu tak nak dah...susu pun kurang...Ali dah tak minum susu badan sejak umur 11 bulan...susu mami dah tak cukup sangat2 utk tampung keperluan Ali...sorry Ali...mami takde pengalaman dan hanya baca penyusuan susu ibu melalui blog sahaja...sorry Ali...sorry for everything....
       



Happy Birthday Ali !!!!!!

Monday 2 January 2012

Happy New Year But I'm Not So Happy

Assalamualaikum...

      Happy New Year...Goodbye 2011...Welcome 2012...but i'm not so happy...aku baru je pas anta suami ke stesen bas sebab dia dah nak balik Pahang...sedihnya...setiap kali cuti sekolah habis...nilah perasaan yang aku terpaksa hadapi...orang lain gambira sambut new year tapi aku terpaksa tahan air mata...dalam setahun cuti paling lama yang aku dapat dok dgn suami masa cuti sekolah hujung tahun...ni jelah masanya...
     Kadang2 aku rasa aku tergolong dalam orang2 yg byk menghadapi perit maung hidup...dari kecil...sampailah dah tua bangka ni...tapi kalau di fikirkan semula, ada orang yang lagi susah hidupnya daripada aku...ada yang terpisah sampai ke Sabah dan Sarawak..jarang2 dapat jumpe suami atau isteri...kalau ada ape2 hal emergency memang susah...tu pasallah aku pelik mcm mane diorang arrange pertukaran kakitangan kerajaan...aku paling benci alasan2 yg cliche yg padahal kite dah tau dah taktik diorang malas nak layan masalah kami ni...senang citer mcmlah kami ni bodoh sangat...aku rela tak naik gaji asalkan korang approve borang pertukaran dan dapat duduk dgn suami...yg tu aku lebih appreciate...still aku masih berbelah bagi nak terlibat dalam future election selagi masalah seperti ni masih di pandang remeh....sebenarnya bukan ape...bila aku tatap muke anak aku yg tak tau ape2 padahal dia nak kena tinggal dgn ayah dia...aku rasa pilu mencucuk2 dalam hati aku...mungkin salah satu sebab kenapa byk gejala keruntuhan sosial zaman skang terjadi sebab institusi kekeluargaan di pandang sepi...just my opinion...
     Sepatutnya start tahun baru, azam berkobar2...tapi aku rasa moral down....bye.....