Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Friday 6 January 2012

Membesarkan Anak Seorang Diri

Assalamualaikum...

      Membesarkan anak seorang diri dalam keadaan pregnant gini memang tough. Ali pun kalau ada aku mmg tak nak kat orang lain. mmg aku dok dgn mak ayah. tapi mak ayah aku dah tak berapa sihat. lebih kepada aku yg jaga diorang. besar gak tanggungjawab yang aku pikul. aku kena jaga anak, ayah, mak, adik umur 8tahun and sorang ada kat IPT. bila aku balik, Ali berkepit dgn aku, tinggal sekejap bila aku mandi semayang or makan. tu pun mulut bising kena tinggal.
      Bagi aku, Ali hanya ada aku sahaja sb husband aku keje jauh. aku tak nak dia rasa kurang kasih sayang ibu. dahla ayah jumpe sekali sekala, kalau aku wt x reti kat Ali...kesian dia...cuma time mengandung ni mmg tak larat nak dukung Ali. tapi mmg Ali berdukung gak dgn aku sb dia mmg taknak dgn orang lain. mengandung kali ni..bahagian bawah perut rasa sakit. aku risau sebab mengandungkan Ali dulu aku ada sejarah bleeding. Aku nak sangat baby ni. aku harap dia selamat dan kuat sebab aku tak leh nak bergantung pada sesapa untuk tolong aku. aku cuma harap dikurniakan hati yang tabah, badan yang sihat sepanjang mengandung dan untuk selama-lamanya. aku rasa hanya orang yang berjauhan dgn suami je faham betapa susah, hiba dan pilu bila membesarkan anak seorang diri.
      sepanjang aku berblogging..aku rasa aku kurang taip entry yg begini feeling kecuali feeling cintan cintun dgn husband. aku tak nak rasa lemah, nampak lemah pada pandangan aku sendiri atau pada pandangan sesapa pun. nanti aku rasa down. sebab aku kena kuat untuk baby yang bakal lahir dan orang2 yang bergantung hidup secara langsung dengan aku.
     pernah aku rasa kesabaran aku dah tahap maksima dah. tapi walau tahap mana maksima pun yg aku rasa inilah yg aku kena hadapi dan aku tak leh lari. mungkin orang akan rasa aku mengadu domba...tapi setiap rumah ada masalah sendiri yg hanya isi rumah tu je yg tahu sakitnya. pernah Ali kena pukul sebab mengamuk tak brenti padahal aku dh penat giler dah masa tu. tapi bila aku tgk dia tidur...apalah bodohnya aku ni...dia kecik tak tahu apa aku gi babab dia...menitik air mata ku...lagi aku rasa bersalah + menyesal bila esok pagi dia bangun dia tetap cari aku nak bermanja, minum susu...lupa dia kena pukul...rasa nak kerat tgn sdiri sb pukul...aku stress...stress dgn tempat keje, jauh dgn suami, masalah rumah sendiri, masalah family mentua yg tak pernah understanding dgn masalah aku dan suami. kdg2 bila aku stress aku terlupa aku menyakiti permata paling berharga dalam hidup aku...
      kdg2 bila aku tgk kehidupan orang yg mudah segala-galanya, aku rasa pelik knpa hidup aku sgt sukar sejak kecil...ada masanya...kalaulah aku dapat shield diri aku...aku rasa nak shield diri aku dan duduk dalam cocoon aku sendiri supaya aku tak rasa sakit hati...tapi impossible kan...aku kena go through everything...redah masalah mcm berani mati...dan kdg2 aku rasa aku berjuang seorang diri...mmg Allah ada...tapi dalam konteks hubungan manusia dgn manusia...i feel like i'm fighting alone....aku cuma nak pertolongan yg tak pernah tiba dalam menguruskan hal rumah...aku tak mampu upah bibik. kalo mampu dah lama aku upah...aku tak nak mnyusahkan sesapa dan seboleh2nya tak nak menyusahkan sesapa pun...
     kdg2 bila dah selalu memberi aku rasa kekok nak menerima....aku rasa kekok nak menerima kalo husband nak belikan benda kat aku...selalunya aku tolak dgn baik cuma adalah dua tiga kali yg aku tak dapat tolak....
     Aku selalu ingatkan diri aku yg aku seorang yg bersemangat dan akan protect org2 yg penting dalam hidup aku...biar aku sakit, sakit hati or whatever..tapi aku tak nak orang yg aku sayang sakit or sakit hati...semoga aku terus sihat, tabah dan maju utk org2 yg aku sayang...amin...

No comments: