Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 11 October 2011

Perampas

Assalamualaikum...


     Hari ni let's talk about perampas...perempuan perampas...kalau korang tgk gosip di televisyen atau akhbar...mesti pernah terbaca tentang keruntuhan rumahtangga artis2 di sebabkan orang ketiga...contohnya (nora danish, jejai, fasha)...(jejariruncing, apek, dalia teck)...(abby, norman, memey)...(akhil hayy, waheeda, maizawati)...kisah mengenai diorang ni memang hot dan melariskan akhbar bak goreng pisang panas serta menaikkan statistik blog gosip artis...oleh sebab diorang ni public figure so kisah diorang ni menjadi tumpuan..for sure yang banyak kena attack adalah memey, fasha, waheeda dan dalia teck yang dilabel perampas...tapi aku tak nak cakap pasal artis...sebenarnya kisah2 seperti ini terjadi juga dikalangan orang biasa...atau mungkin dalam kalangan ahli keluarga korang sendiri...
    Macam mana kalau kawan2 korang sendiri perempuan perampas?..payahkan nak tegur...aku mempunyai sahabat baik...namun dah x selalu keep in touch...orangnya memang cantik...manis...tapi sayangnya dia ada satu attitude iaitu terlebih sosial..yes...dia suka rampas pakwe orang atau wat lelaki jatuh cinta dengannya..sayangnya lelaki2 yang dia pilih majoritinya tunang orang, pakwe sahabat baik sendiri....sebab tu aku tak penah kenalkan pakwe aku(kini suami) kepada sahabat ku ini...sebagai sahabat...aku sangat menghargai persahabatan aku dengan dia...dia baik dengan aku...dan dia jenis open minded dan tak terpengaruh sangat dengan percakapan orang...aku tak berapa berkenan dengan kes dia gi ngorat laki/tunang/pakwe orang...tapi mulut ni tak terluah nak bercakap...aku pun malas nak campur hal orang...pernahlah aku tegur2 skit dia...tapi dia wat kisah...aku pun malaslah...
    walau bagaimanapun...bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...lelaki mana yang nak tolak pompuan cantik...tak gitu...kes kedua begini plak...setelah menamatkan pengajian di U...aku belajar kat satu tempat plak...kawan2 best...cuma ada seorang kawan aku ini....dia isteri orang...sangatlah sosial sehingga sanggup gi dating dengan lelaki lain di belakang suaminya...atas alasan...lepas kawin takkanlah nak duduk je diam2 tak payah kawan dengan orang...berpadalah cik kak oi...cube laki kau gi dating dengan pompuan lain...tak terbakar ke kau...mula2 aku wat tak kisah lagi...tapi sehingga mempergunakan aku untuk cover line...itu dah too much...bila suaminya telefon...dia cakap dia makan dengan aku...padahal dia gi makan dengan 'kawan baik' dia...dia juga menukarkan nama lelaki itu kepada nama orang perempuan supaya suami dia tak tahu lelaki itu mesej atau call...aku memang tak nak campur hal orang..tapi pantang sungguh aku kalau orang guna nama aku untuk wat perkara2 gini...kawan aku ni jenis yang tak leh ditegur...so aku tegurlah 'kawan baik'nya...kalau kawan aku itu bukan isteri orang aku wat tak reti je...dah kawin dengan bujang ni lain cik kak.....tapi bila dah jadi isteri orang, aku rasa dia berdosa wat suami dia gitu...sebenarnya dah banyak orang memperhatikan tingkahlaku mereka berdua ni...ramai gak yang tanya aku...sampai aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab apa yang diorang tanya memang betul...so aku tegurlah 'kawan baik' kawan aku ni...tak sangka plak 'kawan baik'nya itu pun tak leh ditegur...perempuan ni plak kata kat kawan2 lain yang aku fitnahnya...yelah orang kalau dah bercinta ni kan...tak ingat ape dah...sejak dari itu,...mcm2 lah si perempuan ni wat perkara supaya orang bermusuh dengan aku...yelah...percintaan terhalang....aku tak halang pun...tanggungjawab aku menegur dah selesai...nanti kat akhirat aku tak nak disoal sebab salah orang lain...kau jawablah dengan suami kau sendiri di akhirat nanti...memang betul cakap Nabi Muhammad...isteri mesti dengar kata suami dan bataskan pergaulan supaya tak timbul fitnah dan syak...tapi kawan aku ni kata takpe...sampai ada orang mempertikaikan anak yang kawan aku kandung ni anak siapa...wallahualam...yang itu Allah lebih Mengetahui...aku tak berani cakap part tu...
     dalam masa yang sama..benda2 gini tak leh cakap besar...tapi minta dijauhkanlah seluruh ahli keluarga aku daripada benda2 gini...bila jadi kes wjud orang ketiga ni...yang paling susah...mak bapak...kalau ada anak2...anak2 terbiar...sebab benda2 gini pernah jadi di depan mata aku...aku minta dijauhkanlah Allah daripada menghadapi situasi gini...
    sejak aku berkahwin...memang 100% aku sekat diri aku dari terjebak dengan perkara2 yang boleh menimbulkan fitnah...korang tengok follower blog aku pun dah cukup dah...aku bukan queen control tapi aku juga minta supaya suami buat benda yang sama...dia milik aku, aku milik dia....kalau kiter tengok mak bapak kiter pun takdelah nak keep in touch bagai dengan member2 diorang...ini cuma pendapat aku...anda yang diluar sana mungkin tak kisah...tapi aku kisah...sebab aku tak suka perampas dan 2x5 sewaktu dengannya...ok..papai...

No comments: