Assalamualaikum...
Pernah korang tgk org menimba telaga untuk menangkap ikan...semasa aku kecil..rasanya belom sekolah lagi...aku penah tgk orang menimba telaga berhampiran sawah untuk menangkap ikan. cuma caranya lebih moden iaitu dgn menggunakan mesin untuk mengeluarkan air telaga...sebelum air dikeluarkan...laluan air yg masuk ke telaga tersebut disekat terlebih dahulu...dulu2...orang guna timba untuk mengeluarkan air telaga dan kerja ini dimulakan seawal pagi buta sebab guna timba mmglah lamakan...sama gak guna mesin pun...diorang start awal pagi...kampung moyang terletak di Parit Buntar, Perak...disekeliling rumah moyang terdapat telaga air...di belakang rumah pula terdapat sawah padi...
semasa org dok sibuk menimba...aku dan abang main di air yang keluar melalui mesin menimba tersebut...he..memang seronok...habis basah baju kami...lebih kurang tengahari air telaga pun kering...masa tu leh nampak mcm2 jenis ikan yang ada...ikan sepat, puyu, haruan....ada ikan keli yang sangat besar dan dah terlalu tua sampai berkudis2 badan...mcm otai pulak rupanya...pakcik yang menimba telaga tersebut memberikan ikan kepada moyang dan sedikit duit sebagai bayaran hasil ikan...telaga tersebut tak lah kering sampai bila2...bila dibuka semula sekatan air tadi...air akan masuk semula dan memenuhkan telaga tersebut...ikan2 yang diberikan tadi...moyang letakkan dalam kolah....best jugak kehidupan kampung...for information..jarang sekali di rumah moyang kami dapat makan ikan laut...biasanya moyang akan memancing sendiri ikan2 utk dimakan...dulu2..telaga tepi umah moyang mmg byk ikan..letak je umpan tak samapai seminit mesti ikan puyu atau sepat datang makan umpan...best...kalau nak cepat dapat ikan letak bubu...pernah sekali aku dan abang main bubu tepi telaga...aku dan abang letak bubu tak sampai lima minit...bila diangkat...lebih kurang 12 ekor ikan sepat dapat kami tangkap...namun aktiviti tersebut dihentikan bila ada seekor ular tedung selar yang besar melintas di hadapan kami...biasalah...sawah padi mmg byk ular...terus kami campak bubu dan menyorok bawah selimut...masa tu mak, ayah dan moyang takde di rumah...gi kenduri...ok papai...
No comments:
Post a Comment