Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum...
Kategori : 1. Bersalin Secara Normal
Tarikh Lahir Anak : 29.12.2010
Saya bukanlah seorang yang pakar mengenai komputer. Anda boleh lihat sendiri rupa blog saya. Tidak secantik dan seindah orang lain. Baru tahun ini saya belajar sendiri membina blog melalui penerokaan sendiri. Namun, sudilah membaca sedikit coretan mengenai pengalaman saya melahirkan seorang putera di blog yang tidak seindah mana ini. Bukan ganjaran yang utama. Sekadar ingin berkongsi cerita. Mungkin ilmu saya mengenai keibubapaan hanyalah sebesar kuman jika nak dibandingkan dengan ibu-ibu hebat di luar sana. Namun, pengalaman setiap manusia tidak sama. Maka, Allah kurniakan saya dugaan yang berbeza sebagai ujian menjadi seorang ibu.
Seminggu Sebelum Bersalin
Ketika ini saya berada di Kuantan untuk menghabiskan cuti semester terakhir persekolahan bersama suami. Kami hidup berasingan. Saya bekerja di Ipoh, suami bekerja di Kuantan. Sepanjang saya mengandung, suami tiada di sisi. Hanya ibu bapa yang menemani. Pada awal trimester kehamilan, saya diuji dengan pendarahan kerana selalu menaiki bas ke Kuantan untuk berjumpa dengan suami. Doktor mengatakan saya mengalami masalah rahim lemah dan tidak menggalakkan perjalanan jauh. Jadi cuti sekolah yang ada, kami manfaatkan sebaik-baiknya. Pada waktu itu, kandungan saya sudah mencecah 35 minggu. Namun, apa yang merisaukan saya ialah, perut saya di bahagian bawah sudah terasa berat sangat. Saya sudah tidak mampu berjalan jika tidak dipapah. Kadang-kadang saya tidak sedar saya sudah membuang air kecil atau besar. Kaki juga sudah bengkak air. Muka juga sudah kelihatan sembab. Ibu bapa saya datang ke Kuantan sementelah tiada siapa menguruskan saya jika suami bekerja. Pada pandangan ibu, saya boleh melahirkan pada bila-bila masa. Pada hari Ahad, 26 Disember 2010, tibalah masa untuk suami menghantar semula saya ke Ipoh kerana saya harus menghadiri mesyuarat guru pada hari Selasa berikutnya. Sedihnya hati bukan kepalang terpaksa berjauhan dengan suami di saat diri tengah sarat mengandung.
Sehari sebelum bersalin (28.12.2010)
Saya bangun awal pagi untuk menghadiri mesyuarat guru pada hari itu. Kaki terasa sangat sakit untuk memandu. Saya gagahkan diri membawa kereta walaupun pada masa itu, cara pemanduan memang sangat bahaya. Tetapi siapa lagi yang harus saya harapkan......?? Tibalah di sekolah saya berjalan dengan bantuan tongkat untuk menaiki tangga ke bilik mesyuarat. Hanya empat anak tangga sahaja saya bertapak kemudian saya sudah tidak mampu berjalan. Saya berhenti buat seketika. Ada seorang rakan guru yang ternampak keadaan saya semasa itu, segera mendapatkan saya dan menyuruh saya pulang sahaja ke rumah untuk berehat dan akan mengkhabarkan keadaan saya kepada guru besar. Saya pulang ke rumah dan hanya terbaring sahaja pada hari itu. Selain itu, saya juga asyik membuang air besar, tidak selera makan dan tidak boleh tidur. Pada waktu malam, saya berbalas khidmat pesanan ringkas dengan suami. Hanya itu sahaja medium penghubung antara kami. Saya meminta suami membelikan kasut baharu kerana kasut yang sedia ada sudah haus tapaknya. Bimbang terjatuh kala berjalan. Lebih kurang hampir pukul 12.00 malam suami meminta izin untuk tidur kerana keesokan hari dia akan bekerja.
Saat yang di tunggu (29.12.2010)
Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi tetapi mata ini tidak mahu lelap. Badan rasa tidak selesa dan lemah kerana dari petang tidak selera menjamah makanan. Saya beralih mencari posisi yang selesa di atas katil..tiba-tiba...saya terasa ada bunyi "tufff" dari dalam perut. Saya ke tandas untuk memeriksa keadaan dan melihat ada tompokan darah. Ibu menyuruh saya untuk bersiap kerana tanda untuk bersalin telah ada. Sungguh saya tidak tahu langsung tanda-tanda bersalin kerana ini merupakan kandungan pertama. Tiba di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, doktor yang memeriksa mengatakan bukaan sudah mencapai 4 cm. Saya memilih Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan kerana doktor dan jururawat yang mengendalikan saya, semuanya perempuan. Pada waktu itu, suami masih tidak mengetahui saya sedang menanti saat untuk bersalin kerana saya tahu dia tidak mampu untuk memandu dari Kuantan ke Ipoh memandangkan dia baru saja tidur disamping memikirkan keselamatannya. Pukul 5 pagi, baru ibu saya menghubungi suami memberitahu saya sudah berada di hospital. Pukul 7 pagi saya dimasukkan ke bilik bersalin. Saya rasa tiada daya untuk meneran anak kerana tidak makan sebelumnya namun saya gagahkan juga. Waktu antara kontraksi juga saya rasakan sakit yang amat sangat. Cuma apa yang ingin saya katakan, walaupun sakit tapi sakitnya saya masih mampu hadapi. Berkat doa ibu dan suami, saya berjaya melahirkan seorang putera dengan berat 2.5kg yang saya namakan Muhammad Ali sempena nama Saidina Ali Karamallahuwajhah. Saya tidak memerlukan jahitan dan tiada luka perineum. Alhamdulillah.
Menyusukan anak dan masalah yang timbul
Bahagia sungguh rasa hati apabila melihat wajah bayi sendiri. Saya dakap dan cuba susukan bayi. Terasa amat kekok. Tiada siapa yang membantu ketika itu kerana hanya saya dan bayi sahaja berada di dalam bilik. Hanya naluri sahaja yang menguatkan azam untuk menyusukan bayi sendiri. Setelah mencuba pelbagai posisi, barulah bayi berjaya melekapkan bibir pada puting dengan betul. Saya rasa momen penyusuan kolostrum itu, amat berharga buat bayi dan cukup untuk mengenyangkan perutnya yang hanya sebesar guli pada ketika itu. Memang saya berazam untuk, memberikan hanya susu ibu kepada bayi. Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan penyusuan eksklusif selama 6 bulan. Namun, tidaklah manis hidup sebagai ibu andai tidak dilanda dugaan. Bayi saya mengalami sakit kuning yang berpanjangan. Lebih kurang dua minggu sakit kuningnya berlarutan. Setelah didiagnosis, bayi saya mengalami "breastmilk jaundice". Dua kali anak saya dimasukkan ke hospital kerana masalah sakit kuning yang dihadapi.
Saya mendapat tentangan daripada keluarga mentua apabila hendak menyusukan bayi secara eksklusif. Ada yang mengatakan susah jika saya berkursus. Di awal kelahiran lagi saya di suruh mengajar bayi meminum susu formula dengan menggunakan botol.
Saya mendapat tentangan daripada keluarga mentua apabila hendak menyusukan bayi secara eksklusif. Ada yang mengatakan susah jika saya berkursus. Di awal kelahiran lagi saya di suruh mengajar bayi meminum susu formula dengan menggunakan botol.
Saya juga menghadapi masalah hendak menyusukan bayi di khalayak ramai. Ada sahaja mata-mata nakal yang mencuri pandang. Kadang-kadang mencari tempat menyorok untuk menyusukan bayi saya rasa sangat tidak praktikal dan tidak munasabah langsung kerana kemahuan susu bayi sangatlah fitrah dari lahir lagi. Saya tidak mahu merosakkan perasaan bayi saya hanya dengan mencari tempat tersembunyi untuk menyusukan bayi.
Sokongan yang diperoleh
Ada pendapat mengatakan, jika bayi mengalami "breasmilk jaundice", hentikan seketika penyusuan susu ibu sehingga bayi dapat melawan penyakit kuning yang dihadapi dan gantikan dengan susu formula. Selagi saya masih bernyawa, jangan harap saya akan berikan susu formula kepada bayi saya. Hati saya masih cekal untuk menghadapi dugaan ini. Mujurlah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh merupakan Hospital Rakan Bayi dan menggalak saya supaya memberi lebih banyak susu ibu kepada bayi. Suami, ibu bapa dan adik-beradik tidak putus-putus mendoakan supaya bayi saya cepat sembuh. Malah, suami juga sanggup tidur di dalam kereta di tempat meletak kenderaan untuk menunggu saya dan bayi kami. Alhamdulillah, setelah kali kedua dimasukkan ke hospital akhirnya bayi kami sembuh. Masih terdapat kesan sakit kuningnya tetapi beransur pulih.
Masalah yang dihadapi dengan ibu mentua yang mahukan saya memberi susu formula kepada bayi dapat diatasi dengan sokongan daripada suami. Dengan sopan suami menolak kehendak ibunya. Walaupun pada mulanya timbul konflik dan bermacam-macam perkara susah yang cuba diimaginasikan kepada kami namun setelah melihat kejayaan saya menyusukan bayi tanpa susu formula sehingga sekarang menutup semua kata-kata itu kembali. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah jua. Jika tiada izin Allah semua ini takkan berjaya juga.
Bagi masalah penyusuan bayi di khalayak ramai, suami saya telah membelikan banyak baju menyusu untuk saya. Malah, saya dah rasa biasa menyusukan bayi di mana-mana sahaja. Momen seperti ini sangat indah sebenarnya dan saya rasa bertuah kerana membuat keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Kami merupakan perintis pertama dalam keluarga yang mengambil keputusan ini.
Gambar semasa penyusuan
Ini gambar bayi saya yang dah nak masuk tujuh bulan. Namanya Muhammad Ali. Sempena nama Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali k.w.j. Ali menyusu di mana-mana sahaja yang dia suka. Di Tesco, Jusco, pejabat pos, kenduri-kendara. Ali tak kisah, Ali nak susu juga. Asal dia lapar sahaja, saya terus direct feed Ali. dialah permata hati saya dan suami......Muhammad Ali bin Muhamad Sukiman.
Masalah yang dihadapi dengan ibu mentua yang mahukan saya memberi susu formula kepada bayi dapat diatasi dengan sokongan daripada suami. Dengan sopan suami menolak kehendak ibunya. Walaupun pada mulanya timbul konflik dan bermacam-macam perkara susah yang cuba diimaginasikan kepada kami namun setelah melihat kejayaan saya menyusukan bayi tanpa susu formula sehingga sekarang menutup semua kata-kata itu kembali. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah jua. Jika tiada izin Allah semua ini takkan berjaya juga.
Bagi masalah penyusuan bayi di khalayak ramai, suami saya telah membelikan banyak baju menyusu untuk saya. Malah, saya dah rasa biasa menyusukan bayi di mana-mana sahaja. Momen seperti ini sangat indah sebenarnya dan saya rasa bertuah kerana membuat keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Kami merupakan perintis pertama dalam keluarga yang mengambil keputusan ini.
Gambar semasa penyusuan
Ini gambar bayi saya yang dah nak masuk tujuh bulan. Namanya Muhammad Ali. Sempena nama Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali k.w.j. Ali menyusu di mana-mana sahaja yang dia suka. Di Tesco, Jusco, pejabat pos, kenduri-kendara. Ali tak kisah, Ali nak susu juga. Asal dia lapar sahaja, saya terus direct feed Ali. dialah permata hati saya dan suami......Muhammad Ali bin Muhamad Sukiman.
p/s : Maaf. Saya tidak boleh 'tag' pembaca lain kerana suami tidak mengizinkan saya mempunyai akaun facebook. Namun, saya hebahkan peraduan ini kepada rakan yang menyusukan bayi dan mengikuti blog Dunia Susu Ibu.
1 comment:
Subhanallah, besar sungguh pengorbanan puan. Semoga Allah berkati puan sekeluarga dan diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Post a Comment