Entry kali ni macam tajuk film ada apa dengan cinta..Filem yg popular masa zaman aku matrik dulu..zaman aku start bcinta dgn encik suami sampailah kitorang dh kawin n ada anak ni..tapi bukan pasal filem itu yg aku nak sbut. aku nak cerita tentang nama yg telah dipilih oleh aku n encik suami yg tercinta untuk anak kami. kami dok fikir2 biarlah nama anak kami ringkas n boleh dipanggil dgn nama penuh. Orang skang bagi nama anak sampai tiga contohnya Danial Hakim Arif. maksud nama elok dah..tapi bab panggil nama jadi Danny je. Nama itu satu doa untuk anak. Jadi kami telah sepakat memilih nama seringkas mungkin tapi maksud yg mulia supaya orang2 disekeliling dapat memanggilnya dgn nama penuh umpama mendoakan dia juga..kami telah memilih nama ALI. Sempena nama Saidina Ali Karamallahuwajhah. sunat memberi nama Muhammad, maka saya dan encik suami telah memilih nama Muhammad Ali. Sempena nama junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sepupu baginda Ali bin Abi Talib. Saidina Ali dipelihara oleh Nabi Muhammad sejak kecil, oleh itu antara para sahabat, peribadi yg banyak mencontohi Nabi Muhammad ialah Saidina Ali. Wallahualam. Nabi Muhammad sendiri sangat sayangkan Ali sehingga menyamakan Ali umpama kedudukan Nabi Harun disisi Nabi Musa. Nabi Muhammad sendiri telah mengeratkan lagi ikatan darah antara Ali dan baginda dengan mengahwinkan puterinya Siti Fatimah dengan Ali. Maksud nama Ali itu sendiri membawa maksud yg baik iaitu yg tinggi darjat dan kedudukannya. saya dan suami rasa sangat berbangga memberi nama dua insan yg mulia ini kepada anak kecil kami. tetapi, reaksi orang sekeliling sangatlah mendukacitakan. Mungkin mereka rasa nama tu kuno atau x glamer. Sehingga ada yg berkata begini 'kenapa bagi nama Muhammad Ali,semua orang gelak tau korang bagi nama Muhammad Ali'...Nurse pulak tanya 'Nama anak Puan siapa? Muhammad Ali je'...xpun ada yg bagi cadangan 'Muhammad Ali je ke.Bubuh la Muhammad Ali Firdaus ke Muhammad Ali Imran ke'...Tapi ada juga yg tak kisah contohnya 'Nama anak kau Muhammad Ali? Nama the legend tu' Kami hanya senyum dan kata Muhammad Ali dah cukup. Kalau dh geram sgt encik suami saya jawab gini 'Kenapa?Ali itu nama sepupu Nabi. Nama salah seorang sahabat nabi.' Biarlah orang nak kata apa, kami ibu bapanya..biarlah kami yg menentukan. Hikmah disebalik nama Ali itu, walaupun orang rasa nama itu lucu atau kuno tapi Allah makbulkan niat kami berdua iaitu orang yg suka ataupun tak dengan nama tu..mereka tetap panggil Ali dengan nama penuh...ALI..Jadi, berbanggalah wahai anak dengan nama mu itu, ayah dan mami telah menympurnakan satu tanggungjawab kami iaitu memberi nama yg baik pada anak. Nama mu diambil sempena nama dua hamba Allah yg besar sumbangan dan masyhur dalam menegakkan Islam. Kami akan ajar Ali supaya berbangga dengan namanya. Jadilah anak yg soleh, baik hati, terang hati, beriman, pandai dan suka tolong orang. Amin....
1 comment:
weh la~~ ak stuju la entry ko yg ni...
ak pn penah pikir cmni.. name anak daksat2 pn, tp pggl sikit je.. bek bg name simple tp makne besar~~~!!!
Post a Comment