Assalamualaikum....
Malam ni gigih gak aku taip entry pasal probio lact. alkisahnya, si Ali. dalam sebulan dia mesti demam. pastu kerap cirit. x leh salah makan. Ali ni dia ada masalah yg dipanggil lactose intolerant. perutnya tak boleh mencernakan laktosa iaitu bahan yang penting dalam susu. kalau minum susu pun, minum susu isomil tanpa laktosa. tapi kau tau jelah mak jemah ooi, susu isomil tu harganya 1 tin dekat 80hinggit. sebulan dekat 5 tin gak Ali minum. tapi bab susu tu dan harga berapa aku tak kisah. bab makan ni aku tak berkira nak beli untuk anak2 aku. tapi masalahnya bab sakit ni mmg payah sikit. dah lah nak makan ubat pun kena berperang dgn dia. kalau kena cirit je, dekat 2 minggu baru nak ok. tu pun sampai tinggal kulit dan tulang. cuba korang fikir, si Ammar yang muda setahun dari Ali boleh plak lagi berat dari Ali. entahnya mcm mane, mungkin Allah nak bagi aku petunjuk (terima kasih Allah), hujung bulan 9 hari tu, Ali dan Ammar kena selsema. aku gi lah Farmasi CS kat depan umah tu nak beli nose drop sebab mlm2 depa nak tido tak leh ingus byk sgt. tapi yang aku menyampahnya gi Farmasi CS ni, dia suka promote mcm2 ubatlah, vitaminlah, kolagenlah yg harganya mmg kaw2. aku bajet dia nak jual ubatlah tu. tapi sebab aku sgt perlukan nose drop dan itulah farmasi terdekat, so aku gigihlah jugak gi. pas beli nose drop, aku tanyalah pharmacist tu vitamin C untuk budak2 yg lactose intolerant. untuk pengetahuan korang, makan vitamin pun Ali cirit. aku request vitamin yg free lactose. ada tu mmg ada. tapi dia suggest kat aku bagi probio lact kat Ali instead of vitamin C utk kuatkan usus dia sb kes lactose intolerant tu lah. mula2 aku nak bengang gak dok promote2 produk aku tgh duit tak berapa nak cerah ni. tapi yg wat aku tergerak nak beli ni....preskripsi probio lact ni yg mengatakan produk dia bagus utk kes alergi, demam sokmo, lactose intolerant, flatulen(angin, kembung dan sewaktu dengannya) dan banyak lagilah benefitnya korang gi lah google sendiri nak taip mmg banyak. korang akan jumpa dalam package hijau putih kalau kome google. Alhamdulillah...bulan ni Ali tak demam. bagi makan ape pun setakat ni tak cirit birit. Alhamdulillah sgt2. terima kasih Ya Allah. senang hati cik senah ni nak gi keje. ada anak ni seronok tapi kalau sakit tu aku rungsing gak lah. dah lah laki takde. payah nak gilir2 jaga anak ataupun gilir cuti jaga anak. aku cuti selalu pun nanti orang hangin gak dengan aku. lagipun sape yg nak peduli masalah aku pun. jadi...sape2 yg anak dia ada masalah mcm aku ni. trylah probio lact. ada je produk yg adik beradik dengannya cuma opah je lain contohnya Prolactor. dua benda ni adalah bakteria baik yg dikultur dalam bentuk kapsul. kalu aku tak silaplah. ok lah. bye....