Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Dan Cinta Itu Menemukan Kita

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 29 October 2013

Ammar Debab Masa Baby

Assalamualaikum..

    Ni lah dia kalau dah menggiler sampai 2 entry dalam satu hari...ni aku nak share pic Ammar masa baby..oleh sebab laptop ni kena curah dengan air masak dan kena kencing dengan anak2 aku...jadi gambar2 yg diambil selama ni habis ilang...so, gambar ni aku jumpe dalam handphone abang aku..so..let's cekidaud...






Gemoknya engkau Ammar. tapi sedap dipeluk. Gambar ni diambil masa umur dia lebih kurang tiga bulan. k bye.


Muka Aku Masuk Paper..

Assalamualaikum...

     hehehe...tanggal 23 Oktober bersamaan birthday husband aku...aku jadi guru pengiring untuk konvokesyen prasekolah SK Tasik Damai. ramai giler kanak-kanak prasekolah masa tu and sangat lah havoc. budak2 kecik mana buleh dok lama2 dan dengar ucapan panjang. ada yg nak buang air, mengantuk, panas, lapar. kesian gak. tapi tak pe lah anak2...sekurang-kurangnya ini pengalaman baru di samping kiter gi jalan2 tgk tempat orang. by the way, gambar kitorang masuk surat khabar sinar harian bertarikh 29 Oktober 2013. hah...ni dia pic aku tempek kan....




         Ali...Ammar...cube cari mane mami.....hehehe....tudung biru tu aku, GB, Kak Shima, Shima, Asna dan Kak Pura. padahal muke kecik je pun. perasan je lebih. perasan pun perasan lah janji muke teman masuk sughat kabo....pas tu biasalah print pada paper mmglah kualitinya tak sama dengan asal. tak kisah langsung janji masuk paper. hahahaha...ini edisi aku perasan ok...korang maafkan jelah aku....bye...

Probio Lact

Assalamualaikum....

     Malam ni gigih gak aku taip entry pasal probio lact. alkisahnya, si Ali. dalam sebulan dia mesti demam. pastu kerap cirit. x leh salah makan. Ali ni dia ada masalah yg dipanggil lactose intolerant. perutnya tak boleh mencernakan laktosa iaitu bahan yang penting dalam susu. kalau minum susu pun, minum susu isomil tanpa laktosa. tapi kau tau jelah mak jemah ooi, susu isomil tu harganya 1 tin dekat 80hinggit. sebulan dekat 5 tin gak Ali minum. tapi bab susu tu dan harga berapa aku tak kisah. bab makan ni aku tak berkira nak beli  untuk anak2 aku. tapi masalahnya bab sakit ni mmg payah sikit. dah lah nak makan ubat pun kena berperang dgn dia. kalau kena cirit je, dekat 2 minggu baru nak ok. tu pun sampai tinggal kulit dan tulang. cuba korang fikir, si Ammar yang muda setahun dari Ali boleh plak lagi berat dari Ali. entahnya mcm mane, mungkin Allah nak bagi aku petunjuk (terima kasih Allah), hujung bulan 9 hari tu, Ali dan Ammar kena selsema. aku gi lah Farmasi CS kat depan umah tu nak beli nose drop sebab mlm2 depa nak tido tak leh ingus byk sgt. tapi yang aku menyampahnya gi Farmasi CS ni, dia suka promote mcm2 ubatlah, vitaminlah, kolagenlah yg harganya mmg kaw2. aku bajet dia nak jual ubatlah tu. tapi sebab aku sgt perlukan nose drop dan itulah farmasi terdekat, so aku gigihlah jugak gi. pas beli nose drop, aku tanyalah pharmacist tu vitamin C untuk budak2 yg lactose intolerant. untuk pengetahuan korang, makan vitamin pun Ali cirit. aku request vitamin yg free lactose. ada tu mmg ada. tapi dia suggest kat aku bagi probio lact kat Ali instead of vitamin C utk kuatkan usus dia sb kes lactose intolerant tu lah. mula2 aku nak bengang gak dok promote2 produk aku tgh duit tak berapa nak cerah ni. tapi yg wat aku tergerak nak beli ni....preskripsi probio lact ni yg mengatakan produk dia bagus utk kes alergi, demam sokmo, lactose intolerant, flatulen(angin, kembung dan sewaktu dengannya) dan banyak lagilah benefitnya korang gi lah google sendiri nak taip mmg banyak. korang akan jumpa dalam package hijau putih kalau kome google. Alhamdulillah...bulan ni Ali tak demam. bagi makan ape pun setakat ni tak cirit birit. Alhamdulillah sgt2. terima kasih Ya Allah. senang hati cik senah ni nak gi keje. ada anak ni seronok tapi kalau sakit tu aku rungsing gak lah. dah lah laki takde. payah nak gilir2 jaga anak ataupun gilir cuti jaga anak. aku cuti selalu pun nanti orang hangin gak dengan aku. lagipun sape yg nak peduli masalah aku pun. jadi...sape2 yg anak dia ada masalah mcm aku ni. trylah probio lact. ada je produk yg adik beradik dengannya cuma opah je lain contohnya Prolactor. dua benda ni adalah bakteria baik yg dikultur dalam bentuk kapsul. kalu aku tak silaplah. ok lah. bye....

Monday 28 October 2013

harga barang dan taraf hidup

assalamualaikum....

           sejak Najib take over..rasanya dah 3x harga minyak naik.....harga gula naik...harga minyak masak pun dah naik gak...susu pun naik gak...harga petrol naik 20sen..hmmmm...byk tu..mmg orang kata..eleh naik 20sen je...tapi bile time isi myk korang akan rasa ler bezanya....dulu 50rgt dah nak dekat penuh 1 tank.skang aku isi 50rgt..separuh tank je meter tu tunjuk...sape2 yg keje saintis dan engineer tu please invent kereta gune myk kelapa sawit tak pun gune minyak senyonyong pun boleh...jimat skit...
           bila fikir balik dengan semua kenaikan harga barang ni...apalah yg dapat dirasai oleh golongan yg berpendapatan sederhana. kesian anak2 kecil yg nak makan..mcm maner plak dgn orang miskin. ape yg diorang makan dan berapa byk sgtlah yg dapat diorang beli dgn pendapatan yg sedikit..kalau naik gaji tapi harga barang juga naik...bukan ke semua tu mcm mempermainkan perasaan orang je...aku rasa dasar ekonomi kiter skang ni tak cukup kukuh untuk membantu nasib rakyat terutama orang melayu. bukan ape, sebagai seorang guru..aku berhadapan dengan murid-murid that came from various social background. most of them are not well-to-do. kdg2 faktor ekonomi juga mempengaruhi taraf pendidikan anak2. contohnya aku tanya 1 kelas...mak dan ayah keje ape...majoriti mak tak keje, bapa keje kilang, bawa lori or mengasuh anak orang yakni pekerjaan yg kite sedia maklum tak lumayan gajinya. i'm touched actually thinking of my pupils that have to face a hard life since childhood because i was there.
          my family is poor. my father was a postman and my mother earned her everyday salary by washing dishes at my school's canteen for only 5 ringgit a day. masa aku darjah 5-6 aku amik upah cuci pinggan kat kedai makan dari kul 6-kul12 malam. gigih keje semata-mata nak beli kasut sekolah. upah aku dapat 3 ringgit je sehari. kadang-kadang makan pun tak menentu. hmm...tu taraf hidup dulu. skang ni semua pun lagi lah nak pakai duit. ape yer yang anak2 murid aku makan. mcm2 mn social life diorang. bila diorang ada anak ape pulak cara pengajaran hidup yg diorang akan ajar kat anak2 diorang...ape yg aku dah melalut ni...hehehe...ok lah..bye for now...

Friday 18 October 2013

Ammar - An hour after birth

Assalamualaikum....

tak pernah share gambar ammar masa baby sgt2....ni terjumpe pic ammar dlm PC adik aku.


Wednesday 16 October 2013